Sedih aku lihat perkembangan di Mesir, siapa yang tak sedih melihat orang dibunuh sewenang-wenangnya atas nama kuasa. Dekat Malaysia kita dapat lihat pelbagai tanggapan terhadap krisis di Mesir. Ada yang menyokong dan ada yang tidak. Malah ada yang mengutuk dan menghina. Tak lupa juga ada yang mengambil kesempatan krisis mesir untuk menyebarkan mesej politik.
Namun ,itu semua tidak menjadi masalah .Sebab kita diciptakan berbeza-beza. Dan ruang pemikiran kita berbeza mengikut individu masing. Ada yang diberikan permikiran yang jauh dengan skop yang besar dan ada yang hanya melihat suatu perkara pada skop yang kecil. Pada aku tu hak masing-masing selagi tak menghina sesuatu pihak.
Kalau dilihat semula, Kerajaan yang ditumbangkan iaitu kerajaan yang diketuai oleh Mursi adalah kerajaan yang sah. Mursi dipilih melalui acuan demokrasi dan bukan rampasan kuasa. Ini bermakna Majoriti rakyat Mesir memilih Ikhwanul Muslimin semasa pilihan raya dijalankan.
Persoalanya kenapa tentera yang diketuai Asisi menumbangkan sebuah kerajaan yang sah, kemudian kenapa kerajaan yang sah disalahkan atas kekacauan yang berlaku di Mesir. Sedangkan pihak yang harus dipersalahkan atas kekacauan di mesir adalah pihak tentera yang telah mengganggu gugat proses demokratik sesebuah negara. Adakah sebab bantuan Mursi ke atas negara Palestin dan syria sebab dia digulingkan? Mungkin juga sebab Mursi berjanji akan melaksanakan pemerintahan seratus peratus Islam di Mesir membuatkan barat mula tidak senang duduk.
Amerika pula tanpa segan silu menyokong tindakan tentera keatas Kerajaan Mursi walaupun seperti mana yang kita tahu negara Amerika jugalah yang menaja demokrasi ke seluruh dunia. Pelik tapi benar, tapi itulah permainan barat dan sekutunya. Barat tak akan reda , wujudnya kerajaan yang mengamal kan pentadbiran Islam.