Pages

Tuesday, 20 August 2013

Gunung berapi Sakurajima

                                                                                                                                                                                Gunung berapi Sakurajima adalah gunung berapi paling aktif di Jepun. Ia berketinggian 1117 meter dan terletak di Pulau Kyushu .Gunung berapi Sakurajima dilaporkan mengeluarkan asap tebal yang ke 500 tahun ini. Yang terbaru kepulan asap tebal dan debu direkodkan mencecah 5000 meter. Jarak ketebalan asap ini adalah yang paling tinggi sejak 1955.

Akibatnya keseluruhan bandar Kagoshima berada dalam keadaan gelap dan diselaputi oleh debu. Sekumpulan pakar bertindak memantau aktiviti gunung berapi tersebut bagi mengelakan insiden letupan kuat 1914 yang mengorbankan 58 orang.


Monday, 19 August 2013

Mesir bergolak dan diambang perang saudara. Mari berfikir sejenak.


Sedih aku lihat perkembangan di Mesir, siapa yang tak sedih melihat orang dibunuh sewenang-wenangnya atas nama kuasa. Dekat Malaysia kita dapat lihat pelbagai tanggapan terhadap krisis di Mesir. Ada yang menyokong dan ada yang tidak. Malah ada yang mengutuk dan menghina. Tak lupa juga ada yang mengambil kesempatan krisis mesir untuk menyebarkan mesej politik. 

Namun ,itu semua tidak menjadi masalah .Sebab kita diciptakan berbeza-beza. Dan ruang pemikiran kita berbeza mengikut individu masing. Ada yang diberikan permikiran yang jauh dengan skop yang besar dan ada yang hanya melihat suatu perkara pada skop yang kecil. Pada aku tu hak masing-masing selagi tak menghina sesuatu pihak.

Kalau dilihat semula, Kerajaan yang ditumbangkan iaitu kerajaan yang diketuai oleh Mursi adalah kerajaan yang sah. Mursi dipilih melalui acuan demokrasi dan bukan rampasan kuasa. Ini bermakna Majoriti rakyat Mesir memilih Ikhwanul Muslimin semasa pilihan raya dijalankan. 

Persoalanya kenapa tentera yang diketuai Asisi menumbangkan sebuah kerajaan yang sah, kemudian kenapa kerajaan yang sah disalahkan atas kekacauan yang berlaku di Mesir. Sedangkan pihak yang harus dipersalahkan atas kekacauan di mesir adalah pihak tentera yang telah mengganggu gugat proses demokratik sesebuah negara. Adakah sebab bantuan Mursi ke atas negara Palestin dan syria sebab dia digulingkan? Mungkin juga sebab Mursi berjanji akan melaksanakan pemerintahan seratus peratus Islam di Mesir membuatkan barat mula tidak senang duduk.

Amerika pula tanpa segan silu menyokong tindakan tentera keatas Kerajaan Mursi walaupun seperti mana yang kita tahu negara Amerika jugalah yang menaja demokrasi ke seluruh dunia. Pelik tapi benar, tapi itulah permainan barat dan sekutunya. Barat tak akan reda , wujudnya kerajaan yang mengamal kan pentadbiran Islam.











Sunday, 18 August 2013

Pengurus yang membenarkan surau digunakan oleh penganut Buddha ditahan!!



Tu dia, dia kena dah. Hambik kau. Ko ingat Islam ni macam Resort ke boleh dijual-jual. Aku kagum dengan tindakan pantas pihak kerajaan mengatasi isu yang berbaur sensitiviti agama ni. Walaupun hukuman tak besar, namun ini boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada puak yang tak henti-henti main isu sensitiviti agama.

Bila diselidik lebih lanjut, pemilik resort ni beragama Islam, warganegara Singapore dan mendapat pemastautin tetap di Malaysia. Alasan yang digunakan mamat ni ialah dewan di resort tersebut penuh, dengan sebab itu dia benarkan surau dijadikan tempat meditasi penganut Buddha. Mudah betul dia buat keputusan dalam perkara membabitkan agama. Mana maruah dia sebagai orang Islam. 

P/S Islam bukan untuk dijual beli. Biar rugi sikit asalkan Islam terbela. InsyaAllah rezeki takan putus.

Saturday, 17 August 2013

Ajaran apakah ini?

Baru-baru ni aku ada jumpa satu video, memang lawak dan pelik. Yang lawak nya video tu dah dieditkan dengan lagu street fighter. Teringat zaman kecik2 main street fighter dalam video game. Siap termimpi-mimpi lagi buat kuasa ' abugit ' hehehe.

Yang peliknye,kumpulan lelaki yang ada dalam video ni berpakaian seperti orang Islam. Dan ada beberapa orang dalam video ni kelihatan seperti menggunakan kuasa psikik. Ketuanya berada ditengah video dan guna kuasa psikik , dan beberapa orang disekeliling nya seperti hilang kawalan. Kuasa apa ni? wujud ker kuasa macam ni? telepati, mind control? pukau?



Ada anggapan , yang dorang tengah buat ritual halau jin. Aku no komen sebab jahil dalam bab ni. Hanya Allah sahaja yang tahu sesat atau tak kumpulan ni. 


Bertapa dalam surau, dah takde keje lain ke brader??

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita surau dijadikan tempat bertapa oleh sekumpulan penganut agama Buddha. Kadang terpikir gak aku, Bukan main banyak lagi tokong kat Johor, kenapa surau juga dijadikan tempat bertapa. Kalau bukan kat tokong pun, kan banyak lagi ruang atas bumi ni boleh bertapa. Dalam hutan ker. Tepi laut ke. Persoalannya kenapa surau. Hebat sangat ker surau hingga penganut agama lain amat berminat nak bertapa di dalam surau?



Mungkin ada motif lain yang kita sendiri tak dapat baca. Tapi sebagai umat Islam, kita jangan cepat melatah, biar pihak berkuasa hukum orang yang bersalah. Mungkin lepas ni wajar kerajaan memperketatkan pengeluaran Pas-pas masuk untuk mubaligh asing masuk Malaysia untuk mengelakan perkara macam ni berlaku. Nasib baik berlaku kat Malaysia, rata-rata orang Islam melayu masih memiliki sifat sabar yang tinggi. Toleransi dari kaum Melayu adalah yang paling terbaik di dunia.

P/s hikmah dari pada kejadian ni, jangan la tinggalkan surau. Hidupkan surau