Gunung berapi Sakurajima adalah gunung berapi paling aktif di Jepun. Ia berketinggian 1117 meter dan terletak di Pulau Kyushu .Gunung berapi Sakurajima dilaporkan mengeluarkan asap tebal yang ke 500 tahun ini. Yang terbaru kepulan asap tebal dan debu direkodkan mencecah 5000 meter. Jarak ketebalan asap ini adalah yang paling tinggi sejak 1955.
Akibatnya keseluruhan bandar Kagoshima berada dalam keadaan gelap dan diselaputi oleh debu. Sekumpulan pakar bertindak memantau aktiviti gunung berapi tersebut bagi mengelakan insiden letupan kuat 1914 yang mengorbankan 58 orang.

No comments:
Post a Comment